Tak pernah jumpa atau kenal, suami Heliza Helmi dedah syarikat miliknya tiada melibatkan hartanah

USAHAWAN Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Fathia Latiff kononnya dia menipu aktres itu dalam satu urusan melibatkan pembelian rumah. Mahadi, 40, menjelaskan dia tidak pernah mengenali Fathia secara peribadi malah tiada sebarang rekod urusan perniagaan antara syarikat miliknya dengan pelakon berkenaan. “Memang terkejut apabila dia berkata demikian. Saya tak pernah kenal dia, tak pernah berjumpa, saya tidak jual rumah dengannya dan syarikat saya tiada perniagaan melibatkan hartanah.

“Saya juga sudah semak dengan pengurusan syarikat. Memang tiada sebarang rekod urusan perniagaan dengan dia. Apa yang dia merepek tu? Saya pelik dengan segala dakwaan dia itu,” katanya ketika dihubungi. Mahadi yang juga merupakan suami kepada ativitis Datin Seri Heliza Helmi tampil memberi kenyataan itu selepas heboh namanya menjadi sebutan. Tambah Mahadi dia juga enggan mengulas lanjut tentang isu dibnagkitkan kerana dia dan Fathia tidak pernah mempunyai sebarang urusan.

Malah dakwaan Fathia membayar wang berjumlah RM2,000 setiap bulan juga adalah tidak benar. “Saya tidak boleh nak bercakap tentang hal ini. Sebab memang saya tidak kenal dia. Pernigaan milik saya tidak pernah menjanjikan untuk memberi dia rumah. Kami juga tidak menerima sebarang transaksi RM2,000 seperti yang dikatakan,” tegasnya. Sementara itu, Mahadi juga tidak berhasrat untuk bertemu aktres berkenaan dan segala urusan lanjut diserahkan kepada pihak peguam.

“Kenapa saya perlu berjumpa dia? Tak perlu saya nak berbincang dengan dia. Kalau dia nak jumpa, terus berurusan dengan peguam saya. Saya pun serahkan kepada peguam untuk tindakan lanjut berkaitan isu ini,” jelasnya. Fathia menerusi sesi siaran langsung di Instagram miliknya mendakwa Mahadi sebagai penipu dalam urusan pembelian rumah. Menurutnya rumah tersebut masih belum disiapkan selepas lima tahun mereka berurusan dan terpaksa membayar ansuran sebanyak RM2,000 setiap bulan.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version