Ada yang perasan baby bump pada Intan Najuwa, sekali ini pula respon tuan badan

Baru-baru ini, pelakon jelita Datin Intan Najuwa ada memuat naik gambarnya bersama suami, Datuk Ahmad Azraf Azman di dalam sebuah kereta mewah dipercayai seusai menghadiri satu majlis perkahwinan. Apa yang menjadi perhatian ialah, Intan kelihatan sedikit berisi sehinggakan ada netizen yang mendakwa pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ itu sedang hamil anak yang pertama. Walau bagaimanapun, pelakon berusia 27 tahun itu kelihatan tenang menjawab pertanyaan itu dengan memberikan jawapan secara berseloroh kepada warganet.

“Alamak, itu bukan baby bump, itu food bump. Baru lepas makan nasi orang kahwin, itu yang baju sendat macam nak koyak dah tu.” Dalam pada itu, ada juga warganet yang dilihat memuji penampilan baharu Azraf yang dilihat semakin kurus selepas mendirikan rumah tangga. Apa yang menghiburkan ialah, Intan sekali lagi menjawab pujian itu secara berseloroh. “Dah ada isteri, isteri jaga bagi kurus dan handsome.” Sekadar info, Intan dan Azraf selamat mendirikan rumah pada 18 Ogos tahun lalu di sebuah resort mewah terletak di Johor. Semenjak mendirikan rumah tangga, Intan kerap menjadi perhatian wargamaya apabila dilihat sering dimanjakan Azraf.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version