Ramai yang tertanya tanya tentang kehilangan Azar Azmi, sekali individu yang mengaku ahli keluarga dedah keadaan terkini Azar Azmi

Nama pelakon Azar Azmi kembali menjadi bualan hangat wargamaya apabila aktres itu didakwa menghilangkan diri secara tiba-tiba daripada radar industri hiburan. Segelintir peminat meluahkan rasa hairan dan berteka teki ke mana menghilangnya Azar atau nama lengkapnya Siti Azar Ameerah Azmi. Bagaimanapaun di sebalik kerisauan orang ramai, muncul seorang individu yang mengaku dirinya merupakan ahli keluarga aktres berkenaan.

Individu tersebut mendakwa, Azar kini sudah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya dan memiliki cahaya mata. “Dia dah kahwin dan dah ada anak. Saya salah seorang ahli keluarganya. Pun begitu, usaha untuk menghubungi individu terbabit bagi mendapatkan kepastian tidak berjaya apabila pesanan mesej ringkas (DM) yang dikirim tidak dibalas. Terdahulu, beberapa peminat memuat naik video Azar di TikTok dan mendoakan kesejahteraan aktres itu walau di mana dia berada.

Warganet menyifatkan kehilangan Azar sebagai misteri selain mereka merinduinya untuk dia muncul di kaca televisyen. Sementara itu, menerusi tinjauan ke akaun Instagram dan TikTok Azar, kali terakhir dia mengemas kini akaun sosial miliknya pada Mei 2022. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version