Jalan raya, khususnya lebuh raya sering terasa lurus kerana agak jarang kita temui sebarang selekoh tajam semasa dalam perjalanan. Hakikatnya, kebanyakan lebuh raya yang dibina tidak berbentuk lurus disebabkan beberapa faktor seperti bentuk muka bumi, penempatan manusia dan sebagainya. Jadi perkara ini menyebabkan impian untuk membina laluan lurus untuk jarak mencecah ratusan kilometer sebenarnya terbatas. Namun begitu, tahukah anda di Arab Saudi sebenarnya ada jalan yang sangat lurus, tanpa sebarang selekoh langsung.
Lebuh Raya 10 terletak wilayah timur Arab Saudi ini berjara kira-kira 255 kilometer (km). Jalan lurus berkenaan menghubungkan bandar Haradh, sebuah bandar yang terkenal dengan minyak dan gas asli dengan bandar Al Batha. Al-Bathaa adalah sebuah bandar yang berdekatan dengan sempadan Emiriah Arab Saudi (UAE). Selain itu, Lebuh Raya 10 ini menghubungkan Lebuhraya 75 di kawasan Haradh dengan Lebuh Raya 95 di timur Arab Saudi.
Matlamat asalnya dibina khusus sebagai laluan peribadi mantan Perdana Menteri dan Raja Arab Saudi. Pada awalnya, lebuh raya ini dibina sebagai laluan peribadi untuk mantan Perdana Menteri merangkap Raja Arab Saudi iaitu Raja Fahd bin Abdulaziz Al Saud. Kini, jalan ini kerap digunakan untuk membawa kargo dari kawasan tengah dan barat Arab Saudi ke negara jiran, UAE. Laluan yang merentasi padang pasir Rub Al-Khali ini sangat lurus tanpa sebarang selekoh ke kiri ke kanan mahupun bukit ataupun cerun.
Lebih menakjubkan, ‘kelurusan’ lebuh raya ini turut mendapat pengiktirafan daripada Guinness World Record (GWR). Menurut GWR, pemandu memerlukan masa selama 2 jam 25 minit untuk memandu merentasi lebuh raya berkenaan. Sebelum ini, rekod jalan lurus terpanjang di dunia telah dipegang Lebuh Raya Eyre di Australia dengan panjang kira-kira 146 kilometer. Sumber: Siakap Keli. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.