Lelaki ditinggalkan isteri lepas mengalami ketikupayaan fizikal, tak sangka duit pampasan insuran pun dia nak ambik

Baru-baru ini, tular seorang lelaki didakwa ditinggal isteri selepas kejadian tak diingini berlaku sehingga menyebabkan dia mengalami ketidakupayaan fizikal. Menerusi satu muat naik di TikTok @abambeel, seorang individu dipercayai abang kepada mangsa iaitu Amir Haikal berkongsi keadaan adiknya yang kini tidak boleh bergerak sendiri. Rakaman berdurasi satu minit itu menunjukkan Amir sudah tidak mampu berjalan dan hanya bergerak dengan bantuan orang lain menggunakan kerusi roda. Lebih menyayat hati, @abambeel ada berkongsi serba sedikit mengenai kehidupan rumah tangga adiknya sebelum mengalami kecelakaan tersebut. Klik sini untuk lihat video.

“Semoga dipermudahkan urusan Amir Haikal, tak apa lah Amir. Allah SWT itu maha adil, masa Amir sihat kami saksi Amir dah buat terbaik untuk rumah tangga Amir. Amir mewahkan isteri, beri segala apa yang dia nak tapi dia cuma pandang duit amir. Dia tak pandang usaha Amir,” katanya. Bagaimanapun, selain meninggalkan Amir dalam keadaan sebegitu, @abambeel juga mendakwa isteri adiknya turut mahu melarikan duit pampasan insuran kemalangan. “Insuran kemlngn Amir pun dia nak kebas semua, tak tinggal satu pun. Dia tak jaga Amir bila sakit, sampai susu pun dia tak bagi. Maafkan abang sebab post, abang dah banyak bersabar. Semoga Amir sihat seperti sediakala,” kongsinya. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyuarakan rasa simpati mereka terhadap kejadian yang menimpa Amir.

Namun begitu, segelintir warganet memilih untuk mendengar cerita daripada kedua-dua pihak sebelum menilai baik buruk meskipun kisah Amir sudah tular di TikTok sehingga mencecah 6.6 juta tontonan sejak dua hari lalu. Setakat artikel ini ditulis, tiada bukti kukuh berhubung dakwaan terbabit. Malah, tiada juga kenyataan rasmi daripada isteri Amir. Susulan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengeluarkan apa-apa tuduhan mengenai isu terbabit. Lebih baik berdiam sekiranya belum tahu kisah sebenar kan!

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version