Foto sekadar hiasan.
Aku Mimi, berusia awal 30-an. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Awal usia perkahwinan, aku sering dibuuli oleh ipar duai kerana usiaku yang muda. Jarak usiaku dengan suami, 10 tahun. Jadi, adik-adik iparku lebih berusia dari aku. Pulang ke kampung mertua, bakul susu anak juga digeledah oleh adik-adik ipar mencari apa yang ada boleh mereka ambil untuk anak-anak mereka. Aku bukan berkira cuma biarlah menghormaati tuan punya barang, padahal selalu saja sebelum balik kampung kami akan beli barang dapur penuh kereta. Tetap jugalah bakul susu anak, digeledah adik-adik ipar.
Bila anak kedua lahir, mereka membandingkan fizikal anak sulung dan anak kedua. Perli aku tak reti jaga anak, dan anggap aku tak tahu apa-apa. Merekalah terpaling pandai mendidik dan menjaga anak. Selepas habis berpantang anak ketiga, suami ajak balik kampung bawa anak jumpa mertua kerana aku bersalin bulan puasa. Jadi raya pun tidak balik kampung. Penat perjalanan 10-12 jam, sampai di rumah mertua terus disambut perli mengatakan anak aku juuling. Sungguh, aku terasa hati.
Awal perkahwinan, diperli dan selalu kena laser dengan ipar dan kadang-kadang mertua juga bercakap yang buatkan aku terasa hati tapi kami tetap sering pulang ke kampung. Setiap tahun beraya di rumah mertua, sehingga adik beradik aku pula yang merungut. Bapaku pernah menaja ibubapa mertua menunaikan umrah, tanpa mereka tahu sehingga kini. Bapaku juga menaja untuk baiki kediaman rumah mertua, yang mertua sangkakan itu duit dari suami. Walaupun sering diperli dan kena laser dengan ipar duai, aku tidak berkira berkongsi rezeki dengan mereka, mereka menganggap semuanya duit dari suami kerana suamiku pesan supaya aku rahsiakan.
Sehinggalah satu hari, mungkin aku penat dibuuli emosi, aku terangkan pada mertua aku berniaga. Sehari aku boleh menjana sekitar RM1k. Aku di rumah bukan goyang kaki kerana aku bukan tukang jahit, haha. Dari pagi sehingga malam, aku sibuk urusan anak dan urusan perniagaan. Masa mertua bertandang, aku bawa mertua ikut aku menghantar barang pada pelanggan. Sejak dari hari tu, barulah mertua dan adik ipar tidak lagi memerli aku dan mulut adik-adik ipar tidak melaser pada aku.
Peti ais, mesin basuh, motor kegunaan adik ipar di kampung, boleh dikatakan contribution aku separuh dan suami separuh tapi semuanya ingat hanya duit suamiku sahaja. Zaman sekarang, bukan semua surirumah tidak bekerja. Malahan ramai yang terpelajar menjadi surirumah dengan income yang mungkin lebih banyak dari mereka yang menyarung pakaian cantik ke pejabat. Tidak kiralah surirumah berduit atau tidak, semuanya perlu dilayan dengan baik tanpa kasta. Kalau dahulu, bila bercuti adik-adik ipar akan merasa aku menghabiskan duit suami. Tapi sekarang mereka tidak lagi memerli.
Dunia… tetap memandang yang berduit ni mulia sedangkan di sisi Tuhan, hanya takwa menjadi maharnya. Pandanglah isteri kepada abang atau adik lelaki kita sebagai ahli keluarga yang selayaknya dihormaati, bukan diangkat sebagai permaisuri cukuplah tidak menyakiti hati dengan kata-kata yang kasar. Kita tidak tahu sebanyak mana yang dikorbankan kepada mereka. Ini antara reaksi warganet.
Johari: Bertapa mulianya ada isteri suri rumah. Tu maksudnya kejayaan suami dlm memberi nafkah secukupnya. Isteri aku ada phd, tp dia memilih utk berbakti kepada keluarga. Yg memuliakan isteri sepatutnya start dari suami.. klu suami jenis tk menghargai dan menjaga maruah isteri, jgn harap keluarga mentua akan hormaati kau. Suami sepatutnya menjadi benteng pertahanan si isteri daripada dihina walaupun dari ibu sendiri.
Kikie: Yg last tu best la, padan muka diaorg. Kalau aq dah lama aq sound dgn laki aq sekali, kita jaga marwaah dia, dia xreti jaga balik. Nasib baik ending dia sedar diri kalau xsedar jg mending kita menjauh dri keluarga toxic. Semangat sis, kamu jg berhak bahagia. Sumber: Ekota Laici. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.