Tular sebuah video memaparkan seorang lelaki mendakwa diberhentikan meniaga dalam sebuah universiti awam di Segamat sehingga terpaksa menanggung sejumlah kerugian. Menerusi satu hantaran di TikTok semalam, @najmudin.shukor yang juga alumni universiti itu memuat naik video meluahkan rasa terkilan sambil menceritakan situasi yang berlaku berhubung peniagaan dijalankan. Najmudin berkata, dia datang untuk mengemas barang-barang yang digunakan untuk berniaga selain mengucapkan terima kasih kepada pihak universiti kerana menamatkan kontraknya tanpa sebab yang munasabah. Klik sini untuk lihat video.
“Terima kasih kepada pihak universiti yang memberhentikan saya tanpa sebab. Saya baru berniaga sebulan lebih sahaja. Saya berniaga 20 November 2023 tapi tiba-tiba surat tamat kontrak bertarikh 31 Disember 2023. Saya cuma nak cakap kepada pihak universiti, ini adalah satu penganiayaan kepada saya sebab walaupun bukan sayalah saya. Saya merupakan alumni dan saya ditawarkan, diberi peluang untuk berniaga di sini. Bila saya isi borang, saya dibenarkan berniaga. Tapi tiba-tiba ada pihak yang mungkin iri hati, saya tak tahu pihak yang mana tapi saya jadi mangsa,” katanya.
Najmuddin berkongsi, dia telah mengeluarkan modal mencecah ribuan ringgit untuk membeli pelbagai peralatan seperti peti sejuk beku yang digunakan untuk menjual apam balik, taufufa dan ais kacang. “Saya keluarkan modal makan banyak. Saya beli peti ais itu RM3,000 lebih, ada barang RM2,000 lebih dan peti sejuk beku itu RM1,000 lebih. Saya tak tahu nak pakai buat apa lagi,” ujarnya. Sementara itu, Najmudin turut memohon agar orang ramai mendoakannya agar dia mampu untuk bangkit selepas kejadian tersebut menimpa dirinya.
“Peti sejuk ini memang untuk jualan air mineral dan toufufa sejuk sahaja. Saya tak kacau perniagaan orang lain, jadi ini memang ujian untuk saya. Tapi saya minta doa daripada semua orang untuk saya terus bangkit dan kepada pihak universiti yang beri saya notis walaupun dalam tempoh seminggu sahaja, saya sangat kecewalah dengan notis itu. Waktu itu, kami sekeluarga ditipu oleh katering, kemudian saya pula tiba-tiba dapat surat tamat kontrak. Saya dapat surat pada 27 Disember dan kontrak saya ditamatkan pada 31 Disember 2023,” kongsinya.
Pada masa sama, dia turut menyuarakan kekecewaannya terhadap universiti terutama pihak yang mengendalikan ruang berniaga berkenaan. “Kalau tak nak bagi saya berniaga, tiada masalah. Saya tak terhegeh-hegeh sendiri nak berniaga di sini. Saya diberi peluang sebab saya alumni universiti. Tapi bila macam ini, saya rasa sangat kecewa dengan pihak pengurusan yang meluluskannya. Saya harap lepas ini tiada lagi tawaran kepada pihak alumni sebab rasanya yang ini dah cukup-cukup mengecewakan saya sebagai alumni di sini,” ujarnya.
Sementara itu, Najmudin juga terbuka sekiranya terdapat individu mahu membeli peralatan berkenaan kerana dia tidak lagi menggunakannya. Terdahulu, dia dan ahli keluarganya pernah tular kerana ditipu oleh sebuah syarikat katerer yang sepatutnya menguruskan hidangan pada hari bahagia adiknya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.