Penyanyi Noh Salleh memaklumkan bekas isterinya iaitu Mizz Nina telah mengambil anak angkat mereka, Musa pada malam Sabtu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Noh menyatakan Mizz Nina hadir ke rumahnya bersama perintah interim daripada mahkamah berserta suami dan pihak berkuasa. “Malam semalam dalam jam lebih kurang 8.30 malam, pihak Mizz Nina telah pun hadir di rumah saya bersama-sama dengan suami beliau serta pihak polis dan beberapa orang lain yang tidak dikenali. Tujuannya adalah untuk mengambil Musa dari jagaan saya dengan perintah interim (perintah jagaan sementara) dari mahkamah syariah sebelum sesi mediasi di mahkamah syariah,” tulisnya malam tadi.
Noh atau nama sebenarnya, Mohamad Noh Salleh bagaimanapun menghormati perintah mahkamah dan dengan berat hati terpaksa menyerahkan Musa. “Saya faham dan bagi menghormati perintah mahkamah, saya dengan terpaksa dan berat hati menyerahkan Musa kembali dan akan meminta nasihat peguam saya. Hanya tuhan sahaja yang mengetahui betapa hancurnya hati saya semalam,” katanya. Pada masa sama, vokalis kumpulan Hujan itu menyatakan tiada sebarang insiden perebutan berlaku pada malam tersebut kerana dia mahu menjaga kesihatan mental dan fizikal anaknya.
“Tiada sebarang kejadian perebutan berlaku malam tadi kerana saya masih percaya dengaan jalan perdamaian dan apa yang penting adalah kesihatan mental dan fizikal Musa. Saya berharap kenyataan ini jelas dan tiada sebarang spekulasi dari mana-mana pihak dan saya juga berterima kasih atas segala doa dari kalian,” ujarnya. Terdahulu, penyanyi berusia 39 tahun itu didakwa mendalangi penculikan anak angkat mereka dengan bantuan seorang pembantu rumah warga asing.
Mizz Nina kemudian mengambil langkah pantas dan membuat laporan polis di Balai Polis Ampang, Selangor berhubung kejadian berkenaan. Namun begitu, menerusi satu temubual program Melodi, Noh menafikan dakwaan tersebut disamping menyatakan dia mengambil Musa dengan cara yang sah dan mengikut undang-undang. Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina atau nama sebenar Shazrina Azman pernah mendirikan rumah tangga pada Julai 2011 dan berpisah pada Ogos 2022.
Noh kemudian berkahwin dengan pilihan hatinya Fatin Athira Mustapa pada September lalu, manakala Mizz Nina mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap serta penulis lirik dari Amerika Syarikat, Essam Muhammad sekitar Jun 2023. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.