Rupanya ini punca Fathia Latiff masih simpan dendam pada 2 orang selebriti

Pelakon Fathia Latiff meluahkan rasa kecewa apabila namanya digugurkan dari menghadiri sebuah acara jenama fesyen mewah antarabangsa. Menerusi siaran langsung di TikTok, Fathia kelihatan sebak dan berang apabila mengenang kembali ketika dirinya tidak dibenarkan ke majlis tersebut. “Awak tahu tak betapa sukarnya perkara ini? Ibu saya belikan baju. Ibu dan kakak saya siapkan saya untuk acara itu. Saya kelihatan sangat sempurna tetapi tiba-tiba mereka ‘buang’ saya. Jadi ia sangat tak adil.”

Dalam pada itu, pelakon drama Ariana Rose ini juga mendakwa punca mengapa dia tidak dapat hadir ke acara tersebut adalah kerana dua orang individu serta pekerja jenama fesyen berkenaan. “Sebab tu saya masih simpan dendam dekat dua orang bodoh tu dan orang-orang yang bekerja di bawah jenama besar tersebut.” Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menggesa supaya segelintir pengguna media sosial tidak lagi membli Fathia dengan tinggalkan komen yang boleh mengganggu kesihatan mentalnya walaupun dia pernah mencetuskan kontroversi sebelum ini.

Terdahulu, kecoh diperkatakan tentang Fathia yang bertindak menyindir pasangan selebriti, Zahirah dan Aiman Hakim Ridza menerusi sesi siaran langsung di TikTok. Fathia dengan berani mengecam rupa paras Zahirah yang dikatakan seperti pembantu rumah selain mendakwa pernah mendapatkan rawatan kecantikan di Australia. Walau bagaimanapun, Zahirah dan Aiman dilihat tidak memberikan sebarang respon berhubung isu berkenaan malah meneruskan kerjaya dan kehidupan seperti biasa.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version