Dedah cerita tak betul, Puteri Sarah nekad failkan saman terhadap pegawai pemasaran

PELAKON Puteri Sarah Liyana akan memfailkan saman terhadap seorang pegawai pemasaran yang menuduhnya menipu dalam urusan perniagaan membabitkan mereka berdua. Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, berkata, peguamnya sedang dalam proses memfailkan saman terhadap individu berkenaan di mahkamah. “Bagi saya jumpa peguam dulu sebab saya nak saman dia. Sudah selesai nanti saya akan maklumkan semula. “Peguam mahu hantar dokumen dahulu ke mahkamah,” katanya.

Puteri Sarah memaklumkan perkara itu selepas wanita berkenaan tampil dalam program Melodi pada Ahad lalu mendakwa dia sebenarnya yang menjadi mngsa di sebalik semua dakwaan aktres itu terhadapnya. Dakwa wanita itu, kenyataan dibuat Puteri Sarah sebelum ini berhubung kes pecah amanah adalah tidak benar dan fitnah. Malah individu berkenaan juga sedia bersemuka dengan pelakon itu bagi membincangkan kemelut yang berlaku.

“Saya menafikan kenyataan dia terhadap saya. Apa yang dia sebut itu semua adalah fitnah. Dia banyak putar-belit sampai nama saya terjejas. Apabila saya buat keputuan nak jadi rakan bisnes dia, saya tunggu dia. Saya dah tandatangan semua dokumen tapi tak dapat maklum balas daripada dia. Dia kena ingat yang dia pun ada hutang. Saya mahu dia datang jumpa dan bertentang mata. Berbincang secara profesional dengan data yang sahih sebelum mengelirukan warganet,” jelasnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok mendedahkan seorang individu membawa lari wang berjumlah RM26,000 sebagai gaji tanpa melaluinya terlebih dahulu. Puteri Sarah bekerjasama dengan individu berkenaan sejak Oktober tahun lalu bagi menjalankan pemasaran produk namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard diharapkan. Malah Puteri Sarah juga memaklumkan dia terpaksa menagih bagi mendapatkan semula wang berkenaan.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version