Ada yang buat cerita buruk siap petik nama arwah ibu, sekali ini respon Khai Bahar

TUDUHAN berseronok dengan rakan-rakan di Langkawi ketika ibu sedang sakit membuatkan penyanyi Khai Bahar hilang sabar. Tampil menjawab tuduhan seorang warganet itu, Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 30, berkata dia dan rakan-rakan sudah lama merancang percutian itu sempena meraikan tahun baharu dan ulang tahun kelahirannya di pulau peranginan berkenaan. “Cukuplah! Aku pergi dengan kawan-kawan baik aku yang dah bertahun lama kenal. Bukan sambut tahun baru saja, sambut birthday sekali.

Dah plan dengan kawan-kawan kampung, jangan sampai memfitnah. Kalau tak boleh bagi aku gembira, jangan bagi aku sedih dengan apa yang jadi semua ini,” katanya. Khai berkongsi perkara itu menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instastory pada Jumaat. Sebelum ini, seorang pengguna TikTok menegur Khai kerana bercuti bersama rakan-rakan yang didakwa lelaki songsang. Individu berkenaan menasihati Khai agar tidak lagi bergaul dengan mereka kerana arwah ibu iaitu Rosnah Mohamad mahu penyanyi itu memilih jalan terbaik dalam hidup.

Bengang rakannya itu dituduh songsang, Khai meminta warganet berkenaan berhenti mencari kesilapan dirinya dan menyebarkan fitnah tidak benar. “Dosa aku dengan Allah aku tanggung. Mungkin esok lusa aku dah tak ada baru kau boleh berhenti cari salah aku. Biarlah kawan aku macam mana sekali pun, aku tidaklah baik sangat. Aku kenal kawan-kawan aku bukan semalam. Kita tidak tahu pengakhiran kita macam mana, mak aku pernah pesan nak buat apa buatlah, ingat apa sebelum buat. Nanti fikirlah mana-mana yang baik,” ujarnya.

Kata penyanyi lagu Bayang ini lagi, sebelum ini dia tidak pernah melayan sebarang provokasi atau fitnah daripada warganet. Namun kali ini dia sudah hilang sabar apabila individu berkenaan turut mengaitkan pemergian arwah ibunya. “Ramai suruh aku ignore, ya sebelum ini aku tak pernah langsung ambil port fasal orang kata caci maki aku. Tapi sekarang aku sedang sakit, syurga (mak) aku sudah tiada. Tapi bila nak kaitkan fasal arwah mak aku, aku sedih. Aku kenal diri aku siapa dan kau tak kenal aku, tak kenal kawan-kawan aku… jaga aib masing-masing,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khai turut meminta individu berkenaan berhenti menghina rakan-rakannya. Malah, dia mengambil kesempatan memohon maaf sekiranya pernah melakukan kesilapan dengan mana-mana individu sebelum ini. “Kalau tak boleh sokong aku, jangan caci aku dan kawan-kawan aku. Aku maafkan kau dan aku pun minta maaf kepada sesiapa saja kalau pernah buat silap. Korang semua, kalau tak suka aku sekali pun jangan hina-hina aku dan kawan-kawan aku. Kawan aku dekat KL ni boleh kira berapa saja… Aku dah hilang syurga aku, sekali lagi maaf,” katanya.

Pada Selasa lalu, ibu Khai menghembuskan nafas terakhir dalam tidur di kediaman mereka di Kangar, Perlis pukul 10.40 malam. Rosnah pergi menghadap illahi disebabkan komplikasi pelbagai penyakit termasuk sakit buah pinggang yang dihidapinya sejak tahun lalu. Jnzh selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tok Paduka, Kangar pada Rabu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version