PELAWAK Shuk Sahar terkejut apabila disahkan menghidap anxiety atau serangan panik sejak hujung tahun 2023. Berkongsi mengenai perkara itu, Shuk atau Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 38, berkata dia mula mengesan penyakit itu selepas merasakan tubuhnya seperti terkena serangan jantung ketika sedang memandu. “Baru kena anxiety hujung tahun lepas, lepastu saya dah kena sampai tahap panic attack. “Dah lima kali kena panic attack, teruk sampai tak boleh memandu sehingga kena parking tepi jalan.
“Waktu itu saya tak boleh beza simptom anxiety atau serangan jantung, sebab tiba-tiba rasa macam nak mti,” katanya ketika dihubungi. Susulan simptom itu, Shuk telah membuat ujian elektrokardiogram (ECG) sebanyak tiga kali, namun doktor memberitahu jantungnya berada dalam keadaan baik. Sementara itu, pelawak berkenaan tidak menolak punca utama berlakunya serangan panik tersebut kerana tidak menjaga kesihatan. “Saya orang tak bersenam, hisap pod (rokok elektronik), makan makanan berminyak serta makan waktu tengah malam.
“Jadi perkara itu buat saya risau adakah saya terkena serangan jantung, itu yang saya sampai buat tiga kali ujian ECG tapi syukur jantung okay dan minta jauhlah,” katanya. Bercakap perkembangan kesihatannya, Shuk berkata doktor menyarankan dia untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat seperti bersenam dan menjaga pemakanan. Selain daripada itu, Shuk turut mengamalkan minyak bidara sebagai salah satu alternatif untuk mencegah daripada serangan anxiety.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.