Muat naik gambar tahun 2016, ramai yang kagum dengan transformasi Aishah yang sekarang

Penyanyi legenda, Datuk Aishah menjadi tumpuan peminat apabila membuat perkongsian di media sosialnya baru-baru ini. Menerusi hantaran di Instagram (IG), Aishah atau nama lengkapnya, Wan Aishah Wan Ariffin memuat naik foto dirinya ketika tahun 2016 dan foto terkini. Foto yang dimuat naik tersebut jelas memaparkan fizikal Aishah yang gempal sekitar tahun 2016. “Ya Allah, kawan saya ada ‘tagged’ gambar ini yang disebelah kiri dari 2016. Oh my god! Saya takkan kembali sebegitu. Saya yakin yang lengan itu sangat besar dari peha saya sekarang.

Alhamdulillah lebih sihat dan ceria dengan izin Allah,” tulisnya ringkas. Ternyata perkongsian tersebut menjadi tumpuan peminatnya yang rata-rata kagum dengan transformasi pelantun lagu Camar Yang Pulang itu. Menjengah ke ruangan balas, peminat meluahkan rasa teruja melihat perubahan terhadap fizikal Aishah yang lebih kurus dan sihat. Malah, ada juga yang mengagumi dan terinspirasi dengan disiplin Aishah untuk terus sihat. Untuk info, Aishah pernah menjalani pembedahan pintasan usus atau bariatrik sekitar 2018.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version