Tular di media sosial rakaman memaparkan seorang penyokong Malaysia menangis selepas pasukan Harimau Malaya menghadiahkan gol dalam perlawanan menentang Korea Selatan malam tadi di Stadium Al Janoub, Qatar. Reaksi abang berambut perang yang menjerit sambil menangis kegembiraan itu telah mencuri tumpuan buat ramai penyokong bolah sepak negara. Rupa-rupanya, ada kisah menarik di sebalik abang berambut perang yang dikenali sebagai Derrick Gan ini. Menerusi pendedahan yang dikongsikan netizen, Derrick Gan yang merupakan lelaki berbangsa Cina dari Melaka sanggup menggadaikan motosikalnya jenis Yamaha LC bagi membiayai perjalanannya ke Qatar. Klik sini untuk lihat video.
Dia pernah memuat naik satu iklan jualan motosikalnya pada 28 Disember lepas. Dia melepaskan motosikal kesayangannya pada harga RM4,500 demi merealisasikan impian dan menunjukkan sokongan sepenuhnya kepada pasukan Harimau Malaya di Qatar. Seorang pengguna Facebook, Nordin Mat mengatakan Derrick adalah lambang kepada semangat patriotik dan cintakan negara bagi menyumbang sokongan serta sorakan kepada pasukan Harimau Malaya. Sementara itu, melalui perkongsian GTR Burger di Facebook, ada pihak yang mahu belikan semula motosikal lelaki itu dan beri kepadanya.
Terdahulu, Harimau Malaya mencipta sejarah tersendiri apabila berjaya meraih keputusan seri 3-3 ke atas Korea Selatan pada aksi terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 malam tadi. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.