Mengidam merupakan perkara biasa yang sering dialami kebanyakan ibu mengandung. Pun begitu, ada kalanya permintaan mereka di luar jangkaan. Seperti video tular di TikTok, seorang wanita berkongsi pengalamannya berhadapan dengan ibu mengandung yang secara tiba-tiba mahu mengambil tempat duduknya di sebuah warung atas alasan mengidam. Menurut wanita yang dikenali sebagai Huzaifah, dia berasa kesal dengan tindakan pasangan suami isteri itu terhadap dia dan anaknya ketika mahu bersarapan di warung tersebut. Klik sini untuk lihat video.
Kata Huzaifah, ketika itu masih banyak lagi tempat kosong di warung tersebut namun suami kepada ibu mengandung terbabit berkeras mahu duduk di meja tempat mereka makan. Manakala, isteri yang sedang mengandung itu tidak berkata apa terus menarik kerusi dan duduk di meja makan di situ meskipun Huzaifah dan anaknya masih belum berganjak dari tempat duduk. Si suami memberi alasan isterinya benar-benar mengidam untuk duduk di meja tersebut dan mendakwa mereka sering duduk di tempat yang sama setiap kali datang makan di warung terbabit.
Huzaifah mendakwa dia boleh bertoleransi untuk beralih dari situ namun begitu kesal dengan sikap lelaki itu yang dianggap tidak berbudi bahasa. “Bini saya mengandung kot kak, akak pi tempat lain, banyak lagi… Dia arah aku pergi tempat lain,” ujarnya. Susulan kejadian itu, Huzaifah berpesan seharusnya ibu mengandung perlulah bertimbang rasa setiap kali mengidam supaya tidak menyusahkan banyak pihak. “Aku dulu pernah mengandung. Aku fikir juga adakah dengan mengidam ni boleh menyusahkan orang? Jadi aku stop, aku try fikir logik, kadang-kadang mengidam ni merapu saja.
Semua tu atas diri sendiri… tapi kalau sampai kau punya mengidam menyusahkan orang, tak logik,” katanya. Rata-rata yang melihat perkongsian wanita itu turut bersetuju dengan luahannya dan berpendapat ibu mengandung perlu mengawal perasaan mengidam. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.