SETIAP manusia mempunyai status yang berbeza-beza dalam hierarki sosial. Misalnya, mereka yang menyandang pangkat besar dalam organisasi terkemuka akan lebih dihormati dan individu bergelar tokoh atau golongan intelektual negara akan lebih disegani. Namun bagi mereka yang beragama Islam, umum mengetahui bahawa kedudukan setiap muslimin dan muslimat adalah sama di sisi Allah SWT, iaitu sebagai seorang hamba. Rentetan daripada itu, baru-baru ini, timbul persoalan di laman Facebook tentang keperluan untuk mewujudkan tandas khas bagi kegunaan orang berkepentingan (VIP) di masjid dan surau.
Tandas VIP sedemikian kebiasaannya boleh didapati di masjid utama di sekitar ibu negara dan negeri. “Kenapa kena ada tandas VIP di masjid? Bukan ke kita semua sepatutnya sama taraf apabila di rumah ibadat umat Islam?” soal seorang pelayar di laman Facebook. Topik yang ditonjolkan itu dilihat berjaya mendapat perhatian daripada beberapa warga maya yang turut berkongsi persoalan sama. “Betul tu, nanti semua akan ke kubur juga. Kita masing-masing manusia, mengapa harus ada double standard begini? Inilah keadaan negara kita sekarang,” ujar warga maya berceloteh.
Namun, persepsi negatif yang dibangkitkan itu berjaya dipatahkan pengguna lain dengan penjelasan munasabah. “Konsepnya adalah kita meraikan golongan yang patut diraikan. Seperti ibu bapa kita di rumah, meraka pastinya tidur di dalam master bedroom (bilik tidur utama), setaraf dengan tanggungjawab mereka sebagai tulang belakang keluarga. Sama juga dengan imam, bilal dan penceramah jemputan, mereka ni adalah orang-orang hebat yang tebal ilmu di dada, maka kita raikan mereka. Tandas VIP adalah salah satu contohnya.
“Ramai yang nak keistimewaan VIP, tapi tak mahu memikul tanggungjawab seperti seorang VIP. Syurga nanti pun ada tujuh tingkatnya, kalau amalan kamu semasa di dunia cemerlang terbilang, maka dapatlah syurga tingkat teratas. “Lagi satu imam, bilal dan seangkatannya adalah orang ‘kuat’ masjid. Setiap hari mereka ada jadual pandat, tandas VIP mungkin sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan mereka ketika tandas tengah ramai orang,” jelas warga maya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.