SUDAH malas meneruskan perbalahan, pelakon Zarina Anjoulie memilih tidak lagi meneruskan perang dengan Fathia Latiff di media sosial. Zarina atau lebih mesra disapa Anju, 37, berkata, dia mengambil keputusan meneruskan kehidupannya yang sedang bahagia di samping tunang iaitu Datuk Khazrul Elzey. Malah kata Anju, Khazrul juga sudah bersuara mengenai perbalahan mereka dan memilih tidak lagi membalas sebarang kenyataan dibuat Fathia. “Ey malas la nak gdh. Tunang saya pun dah bising.
Saya akan terus move on dan hanya mahu bahagia. Saya harap awak baik-baik sahaja,” katanya. Anju berkongsi perkara itu menerusi hantaran di Instastory miliknya pada Khamis. Sebelum ini, nama Anju menjadi sebutan selepas mengulas mengenai kenyataan Fathia yang menyamakan wajah pelakon Zahirah MacWilson dengan bibik atau pembantu rumah. Anju dalam komennya memberitahu sikap busuk hati dan suka membanding-bandingkan menjadi punca mereka berbalah dan putus sebagai sahabat.
Susulan kenyataan itu, Fathia tidak berdiam diri dan menyerang Zarina malah mendedahkan pelakon itu mempunyai hubungan dengan penyanyi Ismail Izzani. Bukan hanya Zahirah dan Zarina, malah Fathia juga memuat naik gambar lama dia bersama Aiman Hakim dengan beranggapan bekas kekasihnya itu masih menyayanginya. Pada satu hantaran berbeza dia turut memuat naik satu keratan lama akhbar temu bual Aiman yang bercakap tentang dirinya.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.