Dah la gaji RM1500 je tapi dah 3 kali kantoi curang, isteri yang gaji 3 kali ganda rasa sia sia tanggung keluarga

Gambar sekadar hiasan

MASALAH ketidak setiaan dalam rumah tangga berlaku bagai tiada kesudahan, tidak kiralah sama ada pelakunya suami atau isteri. Seorang wanita berdepan nasib sama apabila berdepan masalah suami tak setia dan terbaharu kecrngn itu berjaya ‘dihidu’ buat kali ketiga. Sebagaimana diceritakan si isteri menerusi Facebook Tanya Peguam, dia berkata kecrngn suaminya masih belum di tahap teruk sehingga terlnjr dengan mana-mana wanita. “Baru-baru ini, suami kantoi tak setia buat kali ketiga dengan janda anak satu. Setakat ini belum tahap berzna.

“Hanya dating (berjumpa), mesej di WhatsApp atau komen di media sosial yang tak sepatutnya seorang suami lakukan. Senang cerita test market, sweet talker dan seorang ‘buaya darat’ (kantoi di WhatsApp dan media sosial),” ujarnya mendedahkan sikap suami. Menurut wanita itu, dia sebelum ini berkali-kali memberikan peluang kepada suaminya untuk berubah kerana masih sayangkan rumah tangga mereka. Namun segala pengorbanannya seolah-olah tidak dihargai malah dikhianati apabila suaminya masih bermain kayu tiga.

“Nampak macam bukan masalah yang besar, tapi saya sangat kecewa dengan perbuatan suami berkali-kali melakukan hal yang sama. Rasa tak dihargai langsung. Gaji suami RM1,500. Gaji saya 3 kali ganda. Secara amnya, saya banyak bantu kewangan suami. Awalnya saya ikhlas nak bantu dan masih boleh bertolak ansur. Tapi bila perangai tak berubah, saya jadi tak ikhlas dan selalu naik angin,” ujarnya. Malah, cubaanya beberapa kali untuk berpisah sebelum ini juga gagal apabila termakan pujuk rayu suami yang dikatakan mulut manis.

Bagaimanapun sejak akhir-akhir ini timbul rasa hilang kepercayaan dan tawar hati apabila suaminya masih tidak berubah. Situasi ini membuatkan dia ingin merombak semula lafaz taklik perkahwinannya sebagai cara untuk berpisah dengan suaminya sekiranya perbuatan sama masih dilakukan. “Pernah beberapa kali minta suami lepaskan saya sebab dah tawar hati dan hilang rasa percaya. Tapi dia menolak atas alasan masih sayang dan kesiankan anak perempuan berusia 3 tahun 6 bulan. “Saya terfikir untuk revise lafaz taklik untuk jaminan hidup saya (saya pun nak hidup bahagia). Jika dia ulang perbuatan yang sama maka jatuh talak,” katanya.

Dalam hantaran sama, wanita ini turut bertanya mengenai langkah yang perlu diambil bagi mendapatkan pengesahan mahkamah mengenai lafaz taklik berkenaan. Menjawab persoalan, seorang peguam syarie, Nurul Halida menjelaskan lafaz taklik boleh dilakukan semula di mahkamah syariah apabila berlaku perlanggaran pada perjanjian sebelum ini. “Mahkamah tak akan sahkan lafaz taklik yang belum berlaku perlnggrn. Ni bahaya kalau puan tak tau suami crng.

“Ayat formal tu kena yang terluncur dari mulut si pelafaz. Sebaiknya puan buat aduan di pejabat agama tentang perangai suami. Pisah jalan terakhir. Hentikan segala tanggungan terhadap suami,” katanya memberi penjelasan. Taklik adalah perjanjian yang dibuat oleh suami selepas akad nikah mengikut Hukum Syarak diperuntukkan dalam akta, enakmen atau Ordinan Undang-Undang Keluarga Islam Negeri. Menurut portal Jabatan Bantuan Guaman, pisah taklik merupakan lafaz talak dikaitkan dengan suatu janji yang telah dibuat oleh suami selepas akad nikah disempurnakan.

Pada lazimnya, taklik tersebut dilakukan sekiranya suami tinggalkan isteri lebih dari enam bulan tanpa memberi nafkah zahir atau batin secukupnya. Selain itu, perpisahan berdasarkan taklik juga boleh dibuat sekiranya suami memkl atau mendr isteri atau mendatangkan mudarat kepada pasangan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version