Kemelut yang dihadapi Ali Puteh dan kakak ipar, Hidayah akhirnya dilihat bertemu pengakhirannya apabila Ali bersemuka dengan Hidayah semalam dan paling sebak sekali, pelawak tersebut dapat peluk cium Hamzah. Namun begitu, kebarangkalian untuk menjernihkan keadaan itu dilihat seperti terganggu setelah Ali Puteh membuat satu hantaran di TikTok yang menunjukkan rasa terkilan dan marahnya dengan sikap adik Hidayah. Dalam perkongsian itu, Ali Puteh melampirkan foto kenyataan yang dibuat oleh adik Hidayah, dalam kenyataan itu, adik Hidayah didakwa telah menempelak tindakan Ali yang ‘terjah’ ke rumah Hidayah.
Menurut Ali, dia hanya ingin membayar hutang yang dituntut, bahkan Ali turut berpesan agar namanya dan keluarga tidak diburukkan dan aibkan lagi.” “Harini masih lagi jadi bnde ni.. Yang post ni adik hidayah…Saya datang untuk selesai kan hutang tapi ditolak.. Lepastu harini post lagi HUTANG BELOM BAYAR!! Saya live semua orang tengok tapi hari ini masih keluarganya lagi cuba burukkan saya dan keluarga dengan posting ini. Hmmm.”
Menjengah ke ruangan komen ada netizen memberikan sokongan moral buat Ali agar dapat bersabar, malah ada juga yang memberikan penjelasan agar dapat membuat saluran pembayaran yang betul. Bahkan, ada yang bengang dengan sikap yang dikatakan ‘batu api’ oleh adik Hidayah itu.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.