BEKAS isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada belum bersedia membuka pintu hati mencari pengganti bagi mengisi kekosongan hati. Shuhada atau Nurul Shuhada Mat Shukri, 30, berkata, keputusan itu dibuat kerana dua anaknya tidak membenarkan dia berkahwin lagi kerana bimbang dia akan tersakiti. “Anak-anak trauma dan tak izinkan saya kahwin sebab risau salah pilih pasangan dan menangis lagi.
“Saya memang nak jaga emosi anak-anak, berikan kebahagiaan buat mereka dan tak mahu mereka membesar dalam suasana tidak elok,” katanya. Shuhada berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru bagi menghadiri perbicaraan kes pkl melibatkan Hafidz pada pagi Selasa. Dalam pada itu, Shuhada berkata, selain faktor anak-anak, dia sendiri trauma membuka hati buat lelaki lain selepas apa berlaku dalam perkahwinannya sebelum ini.
“Buat masa sekarang ini saya memang trauma dan takut apa akan jadi selepas ini. Memang ada cuba dekati saya dan anak-anak tapi saya anggap hanya kawan sahaja sebab hendak mulakan hubungan baru itu saya kena sembuhkan diri sendiri dahulu,” ujarnya. Sementara itu, Shuhada memberitahu fokus utamanya ketika ini hanya mencari kebahagiaan buat kedua anaknya iaitu Humairah dan Umar. “Sekarang ini bukan masanya mencari pengganti mahupun kejar dunia sebab yang penting nak didik anak-anak.
Nak jaga mereka elok-elok sebab tak mahu mereka mengulangi kesilapan macam saya dan kalau boleh nak capai cita-cita tertangguh dulu,” ujarnya. Untuk rekod, Hafidz dan Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 namun pasangan tersebut disahkan berpisah pada 27 Julai tahun lalu. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.