Nama selalu ditolak oleh stesen tv, Azri Iskandar akui belum dapat penjelasan dari pihak stesen tv

Pelakon Azri Iskandar mendakwa namanya sering ditolak oleh stesen televisyen (TV) biarpun mendapat banyak tawaran berlakon. Azri ketika ditemui berkata, dia berasa harian serta mempersoalkan mengapa tindakan tersebut diperlakukan terhadap periuk nasi beliau. “Sebenarnya ada tawaran, tapi bila hantar nama di stesen televisyen, stesen tak lulus. Saya rasa hairan juga. “Apa yang tak boleh dengan saya? Lakonan saya yang mana tak bagus? Sedangkan saya tahu, saya boleh buat semua,” katanya.

Ujar Azri lagi, dia juga tidak menerima sebarang penjelasan daripada pihak stesen TV berkenaan perkara tersebut, namun, sedang mencari jalan penyelesaian. “Saya belum minta penjelasan lagi sebab saya tidak berpeluang berjumpa dengan pegawai stesen televisyen. Kalau saya jumpa, saya akan tanya apa kriteria yang mereka pilih. Saya nak tahu kenapa pelakon lain dapat watak itu dan saya tak dapat. Itu untuk watak ayah-ayah yang handsome dan lain-lain,” ujarnya.

Jelas bekas suami kepada aktres Ellie Suriaty itu lagi, dia menepis dakwaan perkara tersebut terjadi gara-gara kontroversi kisah percintaan sebelum ini. “Saya tak rasa sebab kontroversi. Kontroversi semua berlaku tahun lepas. Lama dah. Saya terima banyak job lepas cerita lama itu. Cuma sekarang ini yang tiada,” jelasnya. Terdahulu, Azri dalam program hiburan popular TV3, Melodi mendedahkan dia tidak lagi menerima sebarang tawaran berlakon.

Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version