Teruk kena kritik dengan warganet, Hot Daddy jelaskan tiada buat podcast bersama geng utuber

Hot Daddy nafi buat podcast bersama Bros Gang dan menjelaskan bahawa perkongsian pempengaruh media sosial itu hanyalah foto semata-mata. Menerusi satu perkongsian di TikTok, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli berkata, dia dan ahli Bros Gang sememangnya kawan. “Hari ini saya nak jelaskan sikit pasal gambar saya dengan Bros Gang tu. Saya nak jelaskan yang memang kami tidak ada buat sebarang video, podcast atau soal jawab seperti yang orang cakap. Itu adalah gambar sahaja dan saya dan Bros Gang memang kawan. Dia jemput saya untuk lepak dan bermain game. Klik sini untuk lihat video.

Jadi, janganlah korang semua nak memberi andaian ataupun fitnah tanpa kesahihan. Bila benda yang tiada bukti dan tiada kesahihan tu, dah jatuh fitnah,” katanya. Dalam pada itu, Hot Daddy juga meminta agar orang ramai untuk tidak membuat kesimpulan mereka sendiri hanya disebabkan foto tersebut. “Jangan disebabkan gambar tu, korang terus cakap yang dorang ni promosikan zna, Bros Gang menyokong zna dan sebagainya. Saya rasa gambar tu tiada pun berunsur zna ke, tak ada pula kami bergambar dengan perempuan dan tiada pula kami bergambar dengan pakaian tak senonoh,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan sokongan kepada Hot Daddy dan meminta agar dia terus kuat. Selain itu, ada juga warganet yang mendoakan agar lelaki berusia 32 tahun itu berubah ke arah yang lebih baik disamping memintanya untuk bertaubat.

Sebelum ini, tular beberapa foto yang dimuat naik di akaun media sosial Bros Gang yang memaparkan mereka bersama dengan Hot Daddy. Disebabkan foto itu, ramai yang mengandaikan bahawa Bros Gang telah membuat satu podcast bersama lelaki berkenaan sehingga membuatkan mereka dikritik. Pada ruangan kapsyen foto berkenaan, Bros Gang berkata foto tersebut diambil sebelum berlaku pertelingkahan antara mereka dan Hot Daddy. “Sebelum kejadian prng dingin antara BGTV vs ‘Hot Daddy’ Malaysia dalam video podcast. BGTV just cakap apa yang patut sahaja. Selebihnya terletak pada awak bro. Tapi cara awak gerak tadi tak nice bro,” tulis Bros Gang.

Terdahulu, Hot Daddy ditangkap atas pertuduhan merakam dan mejual aksi hubungan intim di aplikasi X dan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version