Aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi menafikan dakwaan pelakon kontroversi, Fathia Latiff yang mengatakan syarikat milik suaminya, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman gagal menyiapkan rumah aktres tersebut. Ketika ditemui, Heliza, 38, berkata dakwaan tersebut adalah fitnah dan menegaskan suaminya tidak pernah memiliki syarikat jual beli rumah. “Masa dia (Fathia) buat live di TikTok tu, saya betul-betul tak tahu apa-apa, tapi bila ada orang hantarkan kepada saya, jujurnya memang tak faham mengenai dakwaan tersebut.
Saya tidaklah mengenali Fathia secara rapat dan tapi bila dia keluarkan kenyataan macam itu, saya rasa satu Malaysia sudah faham keadaan dan situasi dia. Kenyataan itu adalah fitnah. Malah suami saya juga tidak mengenali dia. Lagi pula suami saya tidak pernah buat rumah atau jual rumah. Kalau tak, dah lama saya beli satu dengan dia. Jadi tanpa perlu saya mengeluarkan apa-apa kenyataan sekalipun, orang akan faham dan pada saya mungkin ini adalah masa dia diuji. Apa yang dia perlukan adalah doa dari seluruh mukmin.”
Heliza berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Nasi Lemak Kopi O, yang berlangsung di Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur, pada Rabu. Sementara itu, disoal adakah dia dan suami bakal mengambil tindakan undang-undang, Heliza menjawab mereka tidak akan berbuat demikian, sebaliknya memaafkan pelakon yang popular menerusi drama Ariana Rose itu. “Saya tidak rancang untuk mengambil tindakan undang-undang sebab apa yang diperkatakan adalah tidak betul sama sekali.
Di pihak saya, saya yakin semua orang faham keadaan dia. Saya dan suami memaafkan perbuatannya itu. Saya rasa dia tidak perasan situasi ketika itu, mungkin dia khilaf tapi sekiranya perkara ini berlarutan, lain pula ceritanya kelak.” Terdahulu, Fathia mendakwa suami kepada Heliza iaitu Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman sebagai penipu apabila syarikat milik lelaki berkenaan gagal menyiapkan rumah yang dibelinya sejak lima tahun lalu. Malah aktres itu mendakwa dia perlu membayar ansuran bulanan sebanyak RM5,000 namun premis yang dijanjikan siap tahun lalu masih lagi tidak nampak bayang.
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.