TIDAK pernah melatah apabila ditanya mengenai soal zuriat, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi menyerahkan soal cahaya mata kepada Allah SWT. Heliza, 38, bagaimanapun berkata dia tidak pernah putus berdoa agar diberikan cahaya mata yang diredai oleh Allah SWT. “Belum ada rezeki… doa-doakan. Saya pun sentiasa berdoa,” katanya. Kata Heliza, dia amat menyukai kanak-kanak sehingga memilih untuk memelihara beberapa ekor kucing bagi mengubati rasa tersebut.
“Saya suka budak-budak… sebab itu bela anak kucing sekarang ini. Gembira tengok saudara mara yang ada anak sebab kita pun perangai macam budak-budak,” kongsinya. Mengulas lebih lanjut mengenai perkara itu, Heliza berkata dia ada bertanya kepada beberapa pendakwah terkenal mengenai dirinya yang masih belum bercahaya mata. Malah dia juga disarankan untuk mengubah cara doanya agar lebih mudah berlapang dada dengan rezeki yang bakal dikurniakan. “Saya ada minta Ustaz Wadi doakan saya untuk ada anak… dia cakap Allah tahu apa yang terbaik.
“Jangan minta doa untuk ada anak saja tapi minta doa anak yang Allah reda… jadi bila belum dapat lagi automatik akan reda. Bila dapat jawapan macam itu… hati saya menjadi lapang. Sebab kita tahu Allah yang susun bukan kita boleh beli anak itu. Jadi dia buatkan saya boleh fokus kepada benda lain sebab saya tahu belum masanya lagi,” katanya lagi. Untuk rekod, Heliza mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari 2022.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.