GARA-GARA bergantung harap pada aplikasi peta dalam telefon pintar, seorang pemandu wanita bersama kereta jenis Honda City ‘tergantung’ di atas jambatan yang merentasi Sungai Yom di wilayah Phrae Thailand. Difahamkan, jambatan sepanjang 120 meter itu berusia lebih 40 tahun dan digunakan penduduk setempat yang berjalan kaki. Berkongsi cerita, wanita tersebut menyatakan ia adalah kali pertama dia memandu di kawasan itu, jadi perlu bergantung pada GPSnya ketika memandu untuk melawat rakannya.
Pada masa kejadian, tayar keretanya tiba-tiba tergelincir dari laluan tersebut selepas menyusurinya kira-kira 15 meter. “Saya fokus pada GPS dan tidak melihat sekeliling. Saya fikir jambatan itu kukuh dan mungkin digunakan oleh orang lain,” katanya. Terdahulu, dia diselamatkan seorang penduduk tempatan yang melalui jalan tersebut. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.