Kecoh di media sosial sejak semalam, anak kepada selebriti Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania didakwa sudah bernikah dengan seorang lelaki bernama Aslam. Memetik laporan, kakak kepada isteri pertama Aslam, Misya Mazlan iaitu Nadiah mengesahkan mereka sudah berkahwin di Songkla, Thailand pada Disember lalu. Di Instagram, Nadiah meluahkan rasa sedih dengan apa yang terjadi kepada adiknya. Dedahnya, Misya langsung tidak membuka mulut mengenai pernikahan Aslam dengan Marissa Dania malah memilih untuk menjauhkan diri daripada keluarga.
Kata kakaknya lagi, perkhabaran tentang pernikahan suami adiknya diketahui sehari sebelum pulang dari Tanah Suci Mekah. “Masa dekat sini aku nampak dia fokus buat ibadah. Segala doanya didengari. Sehari sebelum nak sampai ke tanah air, tahu-tahu diuji sebegitu rupa. Riak mukanya? Tenang saja. Air mata? Langsung tak ada,” tulisnya. Tambahnya, adiknya tidak meluahkan kepada keluarga mengenai perkara itu tetapi dia dilihat sering repost video menggambarkan perasaan hancur hatinya apabila dikhianati suami.
Nadiah turut meminta pengikutnya agar menitipkan kata semangat dan nasihat kepada adiknya kerana dia tidak mampu berbuat apa. Terdahulu, kecoh pada September lalu apabila Misya tampil membongkar dakwaan kisah kecrngn suaminya dengan Marissa Dania.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.