Anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B sekarang hanya perlu kekasih selepas tular gambarnya diiringi beberapa bodyguard sewaktu bersiar-siar. Menerusi kapsyen ringkas Cik B di ruangan TikTok, dia memaklumkan yang dirinya sudahpun mempunyai bodyguard dan hanya memerlukan buah hati sahaja buat masa ini. Dapat dilihat dia yang mengenakan pakaian serba hitam berjalan tenang dengan menikmati kopi serta aiskrim sambil diiringi beberapa orang bodyguard di sampingnya. Klik sini untuk lihat video.
Sudah tentu perkongsian tersebut mendapat perhatian daripada warganet yang sememangnya suka bergurau dengan usahawan muda berkenaan. Cik B sekarang hanya perlu kekasih, ramai tawar diri Ada di antara mereka dengan terbuka hati menzahirkan hasrat menjadi kekasih kepada remaja berusia 18 tahun itu dan sanggup menjadi suri rumah sepenuh masa jika dapat menjadi pasangannya. Tak hanya itu, mereka turut mendoakan agar Cik B mendapat jodoh yang baik dan memuji style yang dikenakannya kerana mempunyai identiti sendiri.
Baru-baru ini, video Cik B menyelar komen warganet yang mempertikaikan kemewahan yang dikecapinya hasil daripada kekayaan Dato’ Seri Vida telah mendapat perhatian umum. Mereka bersetuju dengan balasan daripada usahawan muda terbabit kerana harta yang netizen selalu sebut-sebutkan itu adalah harta ibunya sendiri dan tiada kena mengena dengan orang lain. Jadi, tidak menjadi kesalahan untuknya jika menikmati hal tersebut kerana langsung tidak menggangu mana-mana pihak.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.