Memang betul betul menjiwai watak, ramai yang puji lakonan Azhar Sulaiman

Baru-baru ini tular satu video di media sosial memaparkan sedutan pelakon, Azhar Sulaiman ketika melakukan penggambaran untuk sebuah drama TV3 Malaysia berjudul Hawt Fellas. Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Azhar Sulaiman yang memegang watak seorang pengh ddh yang dikenali sebagai Nasir. Azhar yang memakai baju tshirt berwarna biru dan berseluar jeans dilihat benar-benar menjiwai watak selain mimik mukanya juga memainkan peranan sebagai penagih. Klik sini untuk lihat video.

Lakonan mantap daripada pelakon lagenda itu menerima pujian warganet. Mereka menyifatkan Azhar seorang pelakon yang sangat berbakat dan versatil. Dalam pada itu, mereka juga akui sukar untuk menemui pelakon baharu yang memiliki bakat sama seperti barisan pelakon-pelakon lama. “Dia ni memang legend. Dari muda-muda dulu, dia research dulu watak. Dia dah study. Homework yang penting. Yang tu beza dengan pelakon sekarang harap pakej comel je.

Pelakon terbaik kot. Sekarang ni dah tak ada ramai pelakon yang boleh berlakon dan menjiwai. Orang-orang lama power. Nampak real lakonan dia. Dia punya mata melilau sambil tenyeh hidung tu yang nampak real. Jadi mat, gian habis ni.” Sekadar info, Hawt Fellas drama bersiri 13 episod ini ditayangkan di slot Lestary TV3 sejak 4 Januari lalu, setiap Khamis hingga Sabtu jam 9 malam.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version