Sebelum ni selalu tolak tawaran program tadarus sebab masih merangkak baca al Quran, tahun ni Lisa Surihani pasang niat nak bagi inspirasi

PELAKON Datin Lisa Surihani sering kali menolak tawaran terlibat dalam program bacaan al-Quran di televisyen kerana tidak yakin dengan sebutan dan hukum tajwid. Mengambil inisiatif memperbaiki kelemahan itu, Lisa atau Lisa Surihani Mohamed, 38, berkata, dia juga berdepan cabaran untuk mendapatkan cara bacaan sempurna. “Beberapa kali tahun sebelum ini saya dipelawa sertai rancangan tadarus al-Quran dan saya tolak secara baik. Bacaan saya sudah la merangkak, segan rasanya. Macam-macam alasan saya berikan.

“Dengan rendah hati saya pasang niat supaya hubungan saya dan al-Quran diperbaiki. Saya sertai tadarus bersama jiran kawasan perumahan, mengaji secara online, sertai kelas tajwid dan kelas tadabbur. “Memang sukar dengan saya pelat R lagi. Syukur saya dikelilingi keluarga dan sahabat rapat yang banyak memberi sokongan,” katanya. Lisa menulis luahan tersebut dalam satu perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Isnin. Menerusi hantaran sama, dia juga dilihat sedang menjalani penggambaran sebuah rancangan berbentuk tadarus al-Quran yang bakal ditayangkan sempena Ramadan tahun ini.

Tambah Lisa, dia juga berharap penampilannya dalam program berkenaan itu nanti dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai penonton untuk mendalami dan pelajari ilmu al-Quran. “Tahun ini saya berdoa, pasangkan niat dengan betul. Anggap ini satu kelas mengaji di mana bacaan dipantau oleh qari dan qariah. Jika penglibatan saya ini dapat membuka pintu hati mereka yang struggle, bukakanlah pintu ruang dan peluang itu untuk mereka dan permudahkan usaha mereka,” ujarnya.

Dia turut berkongsi nasihat kepaa orang ramai agar berani memulakan sesuatu kebaikan seperti mana dia pernah lalui sebelum ini. Dalam masa sama, Lisa juga akui berdebar apabila menjalani penggambaran program tersebut. “Tidak perlu fikirkan tanggapan mereka di luar sana yang mungkin kurang positif. Lakukan demi Allah. Penglibatan ini saya mendebarkan dan mencabar. Terima kasih kepada suami tersayang kerana menyokong dan menggalakkan,” ucapnya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version