Baru-baru ini, nama anak pelakon Norman Hakim dan bekas isterinya, Abby Abadi, Marissa Dania Hakim menjadi sebutan ramai setelah timbul dakwaan menjadi isteri kedua kepada jejaka dikenali sebagai Aslam. Mereka mendirikan rumah tangga di majlis yang berlangsung pada 27 Disember lalu di Songkhla, Thailand itu tidak mendapat restu kedua ibu bapanya, Norman dan Abby, serta tanpa pengetahuan isteri pertama Aslam, Umisya Mazlan. Berita perkahwinan tersebut disahkan oleh Umisya, Nadiah Mazlan yang menjelaskan mereka bernikah ketika isteri pertama Aslam mengerjakan ibadab Umrah.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Umisya atau lebih mesra disapa Misya seakan reda mempunyai madu. “Semakin ikhlas semakin tenang. Belajarlah untuk berlapang dada, kerana tidak semua yang kita inginkan itu yang terbaik menurut Allah, sesulit apapun. keadaanmu. Ajarilah hatimu agar bisa menerima keadaan tanpa membenci,” katanya. Sementara itu, Misya turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang memberikannya kata-kata semangat untuk menghadapi ujian rumah tangganya.
“Terima kasih untuk doa yang baik dan kata-kata semangat yang indah,” ujarnya lagi. Pada September lalu, Marissa didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam sehingga berpisah bersama Misya. Bagaimanapun, Misya dan Aslam kembali rujuk ketika masih dalam edah. Susulan itu, Marissa dan Aslam menjalin semla hubungan cinta selepas kontroversi berkenaan mereka mula reda. Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.