Isu penjagaan anak angkat yang berlaku antara Mizz Nina dan bekas suami, Noh Salleh masih belum selesai sehingga mendapat perhatian media dan orang ramai. Difahamkan, anak angkat mereka, Musa telah diambil oleh Noh Salleh pada Disember lalu tanpa pengetahuan Mizz Nina. Walau bagaimanapun, Mizz Nina dan suami, Essam Muhammad telah mendedahkan keadaan terkini Musa yang dikatakan trauma selepas tiga minggu berjauhan dengan ibu angkatnya.
Ketika Musa kembali ke pangkuan Nina, dia mengalami cirit-birit, muntah serta kukunya panjang dan kotor. “Bayangkan kanak-kanak sekecil itu dibawa keluar dari rumah. Dia menjadi trauma sebab terpaksa berjauhan dengan keluarga, kawan-kawan serta jiran yang memang rapat dengan dia. Dia menjadi trauma sebab tercari-cari mak dia, tapi tak jumpa. Dia mengalami ketakutan dan begitu juga saya yang risaukan tentang dia.” Mizz Nina yang berkongsi keadaan terkini Musa selepas prosiding menarik semua kes penjagaan penuh dan inter-parte anak angkatnya di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.
Selepas Musa kembali ke pangkuannya, Nina telah membawa anak angkatnya berjumpa dengan pakar psikiatri bagi memastikan kesihatan mental kanak-kanak itu dalam keadaan yang baik. Disebabkan kejadian itu juga, Musa dikatakan menjadi seorang yang penakut seperti hilang kepercayaan. “Sebagai contoh kalau saya mahu bawa dia keluar, Musa akan takut dan berpaut pada saya. Dia seolah-olah hilang kepercayaan dan rasa saya tidak akan kembali kepadanya.” Untuk rekod, Noh didakwa telah melarikan Musa tanpa pengetahuan Nina pada 19 Disember 2023 ketika Nina dalam penerbangan ke Tokyo atas urusan kerja. Pun begitu, Noh tampil mempertahankan diri bahawa dia tidak sama sekali menculik Musa dan kembali menyerahkan kanak-kanak itu kepada Mizz Nina pada 13 Januari 2024.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.