Semalam, pelawak Ali Puteh berkongsi video memaparkan dirinya hadir ke rumah balu Allahyarham Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali untuk membayar tuntutan saman bernilai RM75,000. Namun, tindakan Ali itu dilaporkan tidak berjaya selepas pihak kakak iparnya dikhabarkan tidak menerima wang yang mahu diserahkan Ali, sebaliknya mahu dia membayar hutang tersebut di hadapan peguam. Dalam video yang dimuat naik Hidayah, Ali menyatakan rasa tidak puas hati dengan tindakan Hidayah. Susulan itu, Ali meminta peguam mengatur tarikh perjumpaan mereka secepat mungkin. Klik sini untuk lihat video.
Terbaharu, peguam mewakili Hidayah, Tuan Ibrahim tampil dengan satu kenyataan menjawab spekulasi yang timbul berhubung bayaran saman terbabit. Menurutnya, secara perundangan, tindakan Ali yang mahu menyerahkan sejumlah wang terbabit tidak salah. Namun, atas faktor keselamatan, wang tersebut boleh diserahkan menerusi peguam atau pun menggunakan online transfer ke dalam akaun bank. Ini disebabkan Ali datang ke rumah Hidayah pada jam 6.30 petang iaitu sudah menghampiri senja dan ketika itu turut dibuat secara live.
“Apabila sejumlah wang sebegitu besar dibawa ke rumah Puan Hidayah, pada waktu senja dan dibuat secara live. Jadi semua orang akan tahu pada malam tersebut akan ada wang besar yang akan disimpankan dalam rumah Hidayah. Saya percaya Puan Hidayah tiada niat untuk menolak kecuali atas faktor keselamatan,” jelasnya. Terdahulu, Ali juga berkesempatan untuk berjumpa dengan anak saudaranya, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey selepas hampir empat tahun tidak bersua muka.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.