Usahawan dan pempengaruh terkenal, Khairul Aming tampil menjelaskan berhubung status halal produk keluarannya iaitu Sambal Nyet Berapi dan terbaharu, Dendeng Nyet Berapi. Ia susulan timbul pertikaian individu yang mempersoalkan berapa lamakah tempoh untuk mendapat sijil halal bagi produk makanan. Katanya lagi, dia sudah lama menanti Khairul untuk mengeluarkan sijil halal bagi produk-produknya sejak dua tahun lalu.
“Nak buat sijil halal susah ke? Dari dulu lagi tunggu produk Khairul Aming (KA) dapatkan sijil halal. Dan KA sendiri pun kata nak buat (sijil halal) masa 2022. Tapi sampai sekarang belum ada,” tulis individu. Menerusi platform Instagram, sebagai pengasas produk Khairul menjelaskan bahawa sijil halal untuk produk-produknya mengambil masa yang sedikit lama kerana ada beberapa prosedur yang perlu dipatuhi seperti mendapatkan sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI). Dalam perkongsian sama, Khairul berkongsi sebuah foto memaparkan dirinya telah menerima sijil MeSTI untuk produk pertamanya, Sambal Nyet.
“Step by step. First dapatkan MeSTI cert untuk pastikan kilang bersih dan selamat approved by Kementertian Kesihatan Malaysia (KKM). Yang ni makan masa dua tahun lebih sebab kita buat kilang dari scratch. Bukan sehari dua nak siapkan kilang sebab nak setup flow, purchase mesin, renovation, expansion dan lain-lain lagi. Tetapi Alhamdulillah KKM banyak bagi guidance selama 2 tahun lebih ni and kita baru sahaja dapat MeSTI certification on 31 Jan 2024, dua hari sebelum Dendeng Nyet dilancarkan,” katanya.
“Then we go for Halal, followed by Good manufacturing practice (GMP) and Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) so that we can target for export. Itu flow yang kita dah consult semua pihak untuk pastikan semua proses berjalan lancar. Will keep you guys posted on the progress,” tulisnya.
Sumber: Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.