Bekas isteri kepada pelakon Sharnaaz Ahmad iaitu Noor Nabila memberitahu mereka sudah lama ‘move on’ dan selesa dengan kehidupan masing-masing selepas berpisah. Memetik laporan Harian Metro, Nabila berkata sedemikian selepas dihujani pertanyaan warganet yang meminta dia dan Sharnaaz kembali bersama. Ia susulan kenyataan Sharnaaz yang enggan memberikan sebarang komen berhubung hubungannya dengan pelakon Amelia Christie sudah berakhir selepas dikatakan saling tidak mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Ujar Nabila, dia belum bersedia untuk menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki buat masa ini. “Kami berdua profesional sebab kami ada anak bersama. Lagipun saya belum bersedia untuk menjalin hubungan dengan sesiapa. Saya mahu fokus pada diri dan anak saya. Jujur saya tiada masa nak fikir soal bercinta sekarang.” Tambah Nabila lagi, dia belum menutup pintu hatinya untuk kembali berumah tangga selepas melalui episod kegagalan sebelum ini. “Kalau ada rezeki untuk saya berumah tangga lagi dan masa itu sesuai saya terima apa saja takdir yang tertulis untuk saya.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.