Pelakon, Shakilla Khoriri akan kongsi tentang perkahwinan dirinya dengan jejaka dikenali sebagai Fariz apabila bersedia kelak selepas sah bergelar isteri semula semalam di sebuah majlis yang diadakan secara tertutup. Pemilik nama sebenar, Nurul Shakilla Mohd Khoriri menerusi Insta Story miliknya memohon maaf kepada rakan-rakan media kerana tidak menguar-uarkan tentang perkahwinannya kerana perlu menjaga hati pihak-pihak tertentu termasuklah anak tersayang.
Walau bagaimanapun, dia mengaku kurang selesa dengan tindakan ‘orang-orang luar’ yang ‘menceroboh’ majlisnya sehingga berita tentang perkahwinan diketahui dahulu sebelum majlis berlangsung. Ujarnya, dia pasti akan berkongsi, beri kerjasama dan menjawab soalan-soalan melibatkan hal baik ini tidak lama lagi tetapi perlu terlebih dahulu mengutamakan hati anaknya. Di akhir perkongsian tersebut, Shakilla memohon maaf sekali lagi kepada pihak media dan sangat memahami tugas mereka namun meminta sedikit ruang bagi merancang kehidupan barunya bersama anak dan suami tercinta.
Terdahulu, khabar angin mengatakan pelakon drama Takdir Itu Milik Aku bakal melangsungkan perkahwinan pada 24 Februari 2024 mengejutkan ramai kerana langsung tiada ura-ura mengatakan dia akan berumah tangga. Dia yang sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan penyampai radio, Fizi Ali pada 2018 telah mengumumkan berpisah pada 2021 lalu. Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Ameena Sofia pada tahun 2019.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.