TIDAK mahu anak terkesan dengan perbalahan membuatkan pelakon Shakilla Khoriri terbuka hati menyatukan kembali bekas suami iaitu Fizi Ali dengan permata hati mereka. Malah Shakilla atau Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, berkata, dia juga sebenarnya ingin menemukan Fizi dan anak mereka iaitu Ameena Sofia secepat mungkin. “Kalau ikutkan hari ini saya nak bawa Ameena jumpa bapanya namun keadaan ini tidak bersesuaian dan tidak bagus untuk dia yang baru berusia lima tahun.
Apabila dia kata nak jumpa anak, saya gembira. Dia akan ambil pada 1 Mac ini. Sebagai ibu, saya biarkan dia ambil. Lagi cepat dia ambil pun tidak mengapa,” katanya. Shakilla berkongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pada selepas sebutan kes tuntutan hadanah pada pagi Khamis. Ditanya mengenai empat hari Fizi dibenarkan bersama Ameena, Shakilla enggan mengulas perkara tersebut. Sebaliknya Shakilla berkata dia membuat keputusan itu bagi melindungi dan menjaga kesihatan mental Ameena.
“Kenapa empat hari saya tak boleh kongsi, hanya dia (Fizi) tahu mengapa. Apa boleh saya cakap keputusan ini untuk anak saya. Saya tak kisah orang lain. Saya kena buat ini untuk jaga kesihatan mental Ameena. Saya tak mahu dia terkesan dengan keadaan dan kesalahan ibu bapanya. Saya tidak mahu perkara ini berpanjangan,” katanya. Sebutan kes hadanah kekal yang difailkan Fizi akan didengar semula pada 19 Mei depan. Fizi memfailkan tuntutan hadanah terhadap Shakilla pada 15 Disember tahun lalu.
Katanya, tindakannya memfailkan hadanah bukan untuk berebut anak sebaliknya ingin anak perempuanya itu mendapat kasih sayang sempurna. Fizi dan Shakilla bernikah pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.