Suami Heliza Helmi, Dato’ Seri Mahadi Badrul Zaman didakwa tiada lesen ambil duit pelabur apabila tular tangkapan layar namanya menerusi laman sesawang Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Menerusi perkongsian laman Facebook Pseudoscience Watch, mereka mendedahkan bahawa Mahadi telah disahkan sebagai seorang scmmr apabila memuat naik butiran suami kepada selebriti itu beserta nama syarikatnya. Namanya juga telah dimasukkan di dalam Investor Alert List oleh pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan dikatakan terlibat dalam proses jual beli saham syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Saham.
“Ada dua company Berhad yang Mahadi jual saham IRPS, iaitu Kankyo Energy dan QEW. Kedua-dua company hanyalah skim Ponzi. Kankyo Energy sehingga ke hari ni belum ada produk tapi pelabur dan terima dividend 16% setahun” ujar Pseudoscience Watch. Walau bagaimanapun, kesahihan berita tersebut tidak dapat dipastikan lagi kerana belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak tertentu berhubung isu terbabit. Terdahulu, gelaran Dato’ Seri yang digunapakai oleh Mahadi juga menjadi tanda tanya kerana ada dakwaan mengatakan ia adalah palsu. Namun, tiada sebarang penjelasan berkenaan hal tersebut dan ia berlalu begitu sahaja.
Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.