Krisis yang berlaku di antara Mizz Nina dan Noh Salleh berkenaan dengan isu anak angkat dilihat menjadi tumpuan umum sejak kebelakangan ini sampaikan ada pihak lain didakwa cuba memberikan komen masing-masing. Bekas penyanyi, Fynn Jamal tampil memberikan respon berkenaan dengan isu ini menerusi ruangan komen video temubual daripada Essam Muhammad.
Fynn memberikan kata-kata yang seolah-olah ingin menyatakan bahawa dia tahu kisah sebenar di sebalik isu ini dan mesej yang disampaikan itu seperti bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh suami kepada Mizz Nina itu. “Diamlah kami tahu kebenarannya, Allah menyaksikannya.” Kenyataan itu telah mengundang persoalan warganet dan ramai ternanti-nantikan cerita di sebalik isu ini.
Semalam, Noh Salleh hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk proses sulh, bagaimanapun Mizz Nina tidak hadir dan dia diwakilkan oleh suaminya Essam Muhammad. Namun begitu, Mizz Nina dikatakan secara tiba-tiba telah menarik semula kes tersebut. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.