Hampir setahun dah tak tinggal serumah, terkini Ria Ricis failkan untuk berpisah dengan suami

Hubungan rumah tangga pasangan pempengaruh media sosial Indonesia iaitu Ria Ricis dan suami, Teuku Ryan dikatakan kini sedang bergolak. Malah terbaharu, ada sumber mengatakan bahawa Ria telah memfailkan tuntutan pisah terhadap suaminya. Memetik laporan Makassar Tribunnews, Ria Ricis atau nama sebenarnya Ria Yunita telah memfailkan perpisahan melalui sistem atas talian yang dikenali sebagai e-court di Mahkamah Agama Jakarta Selatan pada 30 Januari lalu.

Menurut sumber, Ricis turut menuntut hadhanah dan nafkah untuk anak perempuan mereka, Cut Raifa Aramoana. Namun, wakil pihak Mahkamah Agama Jakarta Selatan tidak mendedahkan secara terperinci nilai nafkah yang dikemukakan oleh Ricis. Difahamkan, Ricis dan Teuku Ryan atau nama sebenarnya Teuku Rushariandi sudah hampir setahun tidak tinggal sebumbung. Perkara itu disahkan susulan alamat yang dikemukakan di dalam borang tuntutan pisah adalah berbeza antara satu sama lain. Perbicaraan pasangan ini akan berlangsung pada 19 Februari akan datang.

Sekadar info, Ria Ricis dan Teuku Ryan telah mendirikan rumah tangga pada 12 November 2021 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan anak perempuan, Cut Raifa Aramoana yang dilahirkan pada 26 Julai 2022. Keretakan hubungan rumah tangga mereka dihidu peminat susulan pasangan itu kurang berkongsi gambar dan momen mereka bersama di media sosial. Namun Ricis dan Ryan tidak memberi sebarang kenyataan berhubung isu terbabit sehinggalah baru-baru ini, Ricis telah memfailkan perpisahan.

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version