Menanggung hutang mencecah jutaan ringgit, Abang Tesla berhasrat nak bantu Datuk Red dari A sampai Z

Pempengaruh, Abang Tesla nak tolong Datuk Red selepas mendapat berita bahawa usahawan terbabit sudah muflis serta menanggung hutang mencecah jutaan ringgit. Menerusi posting video yang dibuat Abang Tesla atau nama sebenarnya, Mohammad Khaliltizam Yusri, dia menyatakan kesediaannya menghulurkan bantuan dengan memastikan Datuk Red kembali mempunyai perniagaan dan akan membimbing dari awal sehingga akhir. Klik sini untuk lihat video.

“Aku terpanggil untuk bantu Datuk Red. Datuk, kalau ada nak minta bantuan ke, insha Allah saya boleh bantu. Datuk tak cukup nak makan, pinjam Adira RM100 ea saya dengar cerita. Takpe Datuk, kalau saya boleh bantu Datuk Datuk boleh langsaikan hutang, saya dengar RM5 juta ke RM7 juta. Insha Allah saya boleh bantu untuk Datuk ada perniagaan baik, daripada A sampai Z. Apa-apa pun Datuk contact saya, jumpa saya, saya akan Datuk dari A sampai Z,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji Abang Tesla dan menyokong tindakannya dalam memastikan Datuk Red comeback memulakan perniagaan. Walaupun ada yang menyatakan lebih baik pempengaruh itu membantu mangsa-mangsa yang didakwa pernah ditipu usahawan tersebut, namun ramai yang merasakan mungkin dengan Datuk Red bangkit semula, dia mampu menyelesaikan isu tersebut.

Terdahulu, suami kepada penyanyi, Adira Suhaimi itu telah membuat pengakuan kepada media dengan memaklumkan dirinya sudah muflis sejak tahun 2019. Oleh itu, sepanjang 5 tahun tanpa pekerjaan, dia telah ditanggung oleh isteri-isteri yang banyak membantu bagi meneruskan kehidupan serta memberi makan kepada anak-anak.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version