Penyanyi Adira Suhaimi enggan jumpa individu sakitkan hati, bagaimanapun dia turut mengakui dirinya seorang yang sangat pemaaf. Menerusi beberapa perkongsian di TikTok @lovaacosmetics.hq, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi sedang ditemu bual oleh Lova Cosmetics HQ. Menurut Adira, dia merupakan seorang yang sangat lembut hati dan mudah untuk memaafkan kesalahan mana-mana individu. “Saya seorang yang sangat ‘easy going’, sangat lembut hati dan saya sangat mudah memaafkan tapi untuk bersua muka InysaAllah tidak.”
“Tak semestinya kita tak nak bersua muka tapi kita maafkan dan okay dengan orang itu. Kita cuma elakkan untuk bersua muka dengan orang itu untuk menjaga silaturahim, bukannya sebab benci,” katanya. Dalam pada itu, penyanyi berusia 32 tahun itu juga menyatakan personalitinya dalam kamera dan di luar kamera sama sahaja. “Saya ‘easy going’, apa sahaja boleh. Campaklah ke dalam hutan ke saya boleh hidup, InsyaAllah. Saya pun suka buat lawak.”
“Saya suka sangat tengok orang lain buat lawak, saya suka gelak. Perangai dalam dan luar kamera juga sama, kadang-kadang kita sorok yang teruk sangat,” kongsinya. Pada satu perkongsian Lova Cosmetics HQ yang lain, pelantun lagu Takdir Tercipta itu turut menyatakan dia juga menjauhkan diri daripada orang yang orang-orang yang berfikiran negatif.
“Saya memang menjauhkan diri daripada ‘circle’ yang sangat-sangat negatif. Sebagai contoh, Adira percaya apa yang ada dalam hati dia, itu yang akan keluar. Kalau setakat cakap kasar, kita pun cakap kasar. Bila cakap kasar tu, kita boleh terima isi dalam percakapan itu, makan dalam ke, suka jatuhkan orang ke, suka menghina orang ke, jadi saya tak nak ada dalam ‘circle’ tu. Kita nak happy, nak rezeki kita lancar,” luahnya.
Sementara itu, Adira juga mendedahkan jika masa boleh diputar, banyak sebenarnya perkara yang penyanyi itu mahu perbetulkan. “Banyak sangatlah yang saya nak betulkan, banyak sangat benda sebenarnya. Kalau boleh diputar waktu, belajar tu penting sebenarnya. Kita dulu malas, tapi dulu dengan sekarang beza. Kalau dulu, teknologi tidak se-moden sekarang. Sebenarnya tak ada benda yang kita perlu menyesal. Sebab kalau tak ada masa dulu, kita tak ada masa sekarang,” ujarnya.
Sekadar info, Adira sekarang dalam proses berpisah dengan suaminya, Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red. Bagaimanapun, proses Jawatankuasa Pendamai (JKP) pada 5 Mac lalu gagal dan proses hakam akan berlangsung pada 24 April ini. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.