Ramai yang cuba ambil kesempatan, Adira Suhaimi minta warganet jangan tertipu dengan akaun palsu tiktok yang guna nama dia

SEMENJAK kisah pengorbanan terhadap suami tular, nama penyanyi Adira Suhaimi menjadi perubalan dalam kalangan peminat yang meluahkan rasa kagum dengan ketabahannya mengharungi rumah tangga. Bagaimanapun, ada segelintir pihak pula cuba mengambil kesempatan dengan membuka beberapa akaun TikTok palsu menggunakan namanya bagi meraih pengikut. Enggan orang ramai tertipu, Adira atau Siti Adira Suhaimi, 33, meminta orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan kata-kata di sebalik akaun mengggunakan nama @Adirasuhaimi._

Katanya, setakat ini dia hanya mempunyai satu akaun di platform berkenaan sementara sedang berusaha mendapatkan kembali profil lamanya yang disekat. “Ini bukan akaun saya, sekarang ini dia pandai-pandai cakap selamat tinggal. Akaun ini punca rezeki. Kalau saya nak cakap, dari dulu saya sudah cakap… Akaun ini sudah lama disekat tapi saya masih cuba dapatkan kembali,” katanya. Adira berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya pada pagi Jumaat yang turut memaparkan akaun palsu berkenaan.

“Selamat tinggal. Akaun ini lah punca rezeki Ami (panggilan Adira) selama ini. Jangan lupa follow akaun baru saya ya,” luahnya. Luah Adira, dia juga bimbang terpaksa menanggung pelbagai risiko sekiranya pemilik akaun palsu itu berkongsi sesuatu tidak elok kelak. Malah dia berharap agar individu berkenaan memadam akaun palsu tersebut dan tidak terus menipu warganet. “Dia ambil semua video-video saya, dalam kesempitan nak juga ambil kesempatan. Macam itulah manusia.

“Tolonglah kalau kau post benda-benda yang tidak elok aku juga yang kena. Tolong padam semula ya!,” ujarnya. Hasil tinjauan, akaun @Adirasuhaimi._ itu baharu sehari dihasilkan namun telah mendapat hampir 50,000 pengikut. Selasa lalu, Adnan ketika bercakap secara eksklusif kepada mendedahkan dia diisytihar muflis sejak 2019 dan sudah tidak bekerja sejak lima tahun lalu. Sejak itu kata Adnan, Adira yang juga isteri keduanya terpaksa menanggung kehidupan keluarga memandangkan dia tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Pada 25 Oktober tahun lalu, Adira memfailkan perpisahan terhadap Adnan atas alasan tiada lagi persefahaman. Manakala isteri pertamanya, Sharifah Norshafil Hassim atau Datin Red memfailkan perpisahan pada penghujung Januari lalu. Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua dan memiliki empat orang cahaya mata. Hasil perkahwinan Adnan bersama isteri pertama, Sharifah mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Malah Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun bercerai selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version