PELAKON Amelia Christie tidak dapat menahan sedih apabila mengalirkan air mata selepas menerima pelukan sokongan daripada seorang rakan. Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, pengasas produk kecantikan yang dikenali sebagai Dini Qistina memberikan kata-kata semangat buat pelakon itu selepas didakwa putus cinta. “Dari kisah Amelia, mencintai seseorang tidak semestinya kita memiliki. Kadang-kadang kita harus lepaskannya untuk kebahagiaannya. Klik sini untuk lihat video.
“Siapa yang pernah lalui sahaja yang tahu macam mana rasanya (putus cinta),” tulisnya. Amelia atau Amelia Christie Lim, 24, dilihat menyambut mesra pelukan tersebut dengan linangan air mata. Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan sokongan buat pelakon drama Budak Hostel Otaknya Sewel ini dan mendoakan agar Amelia dipertemukan dengan pengganti yang lebih baik. “Sabar ya Amelia ramai lagi lelaki yang lebih baik untuk awak. “Amelia carilah lelaki single, cipta kenangan segar bersama. Awak berhak mendapat lelaki lebih baik,” tulis warganet.
Sebelum ini, Amelia memaklumkan dia sudah tidak mempunyai sebarang hubungan dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Kata Amelia, dia kini kembali solo malah tidak mempunyai masalah menjawab pertanyaan mengenai status hubungannya. Sementara itu, ketika ditemu bual, Sharnaaz memilih tidak memberi sebarang komen berkaitan hal peribadi susulan dia dan Amelia saling ‘unfollow’ akaun Instagram. Aktor itu sebaliknya memberitahu hubungannya dengan Amelia dalam keadaan baik selain ingin memberi fokus terhadap karier dan anak lelaki tunggalnya iaitu Jebat Jayden.
Bagaimanapun kenyataan Sharnaaz mengundang rasa kurang senang warganet apabila menyifatkan aktor itu seperti mempermainkan hati Amelia. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.