Bukan beli dengan duit kemenangan AJL, Amir Jahari beli kereta pertama untuk keselesaan anak anak

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-38, Amir Jahari beli kereta pertama selepas memikirkan banyak hal terutamanya demi keselesaan anak-anak dan keluarga jika perlu melakukan perjalanan jauh untuk ke mana-mana. Menerusi hantaran Amir di Instagram, dia telah memuat naik gambar bersama kereta jenis Perodua Alza yang baru sahaja diperoleh daripada ejen Perodua. “Kalau dulu, aku rasa benda ni mustahil. Tapi bila aku nekad nak bagi keselesaan untuk anak-anak bila kami travel jauh, nak jemput dan bawa family dari Sarawak jalan-jalan bila datang KL, slowly, aku nampak jalannya,” tulisnya.

Walau bagaimanapun, Amir menjelaskan bahawa kereta tersebut dibeli bukan dari duit kemenangan sewaktu AJL tempoh hari dan anugerah tersebut juga bukanlah turning point untuknya seperti yang dinyatakan orang ramai. Jelasnya, sebelum ini orang menyangka dia hidup serba kekurangan kerana malas, sedangkan dia telah melakukan pelbagai pekerjaan, namun kondisi diri yang kurang stabil membuatkan dia kurang berkemampuan. “Sebelum tu susah bukan sebab aku malas.

Bukan sebab aku memilih untuk bekerja. Macam-macam juga kerja aku buat. Aku mengajar di Sri Aria Elementary School dan Pondok Seni, aku buat servis cipta lagu juga. Aku pernah mintak kerja dengan Luncai Emas. Tapi keadaan aku tak stabil, kejap aku okay, kejap aku tak okay,” ujar Amir lagi. Penyanyi asal kelahiran Sarawak ini menceritakan bahawa pemergian bapa menjadi titik permulaan buatnya bermain muzik semula apabila mengikuti jelajah membuat persembahan walaupun ketika itu tiada modal.

Dengan tidak mempunyai banyak pengetahuan, akhirnya hasil usaha yang bersungguh-sungguh, Amir berjaya membeli sebuah kereta yang juga kereta pertamanya. “Turning point aku bermula pada tahun bapa akupergi menghadap illahi. Aku main muzik balik. Aku buat tour walaupun tak de modal. Banyak aku fikir dan banyak aku belajar. Aku makin serius menyimpan. Aku mula belajar tentang investment. Fast forward, Alhamdulillah, my 1st ever Car!” katanya.

Susulan itu, perkongsian Amir Jahari berkenaan telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengucapkan tahniah kepadanya atas kejayaan membeli kereta berkenaan. Mereka juga tumpang gembira dengan apa yang diperoleh selebriti itu selepas melalui pelbagai turun naik dalam kerjaya sebagai seorang penyanyi.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version