Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro, berkongsi sebuah rakaman video memaparkan reaksi anak perempuannya, Nada Soffea ketika dia meluahkan hasrat untuk berkahwin lain. Menerusi video tersebut, Ajak meminta pendapat daripada anak gadisnya itu berhubung hasrat untuk berkahwin lain. Ternyata, respons yang diberilkan oleh Nada berjaya menjadi perhatian warganet. Klik sini untuk lihat video.
Ajak: Baba nak kahwin lagi. Nada: Betul? Ajak: Apa pendapat Nada? Nada: Hari tu masa apa Nada cakap, baba nak kahwin lain ibu kata ibu tak kisah. Jadi maksudnya ibu bosan dengan baba. Ajak: Kalau ibu bosan maksudnya apa? Maksudnya boleh. Nada: Bukan boleh, dia macam alah pergilah tak kisah. Ajak: Tapi Nada? Mana taknya, Nada menjawab dia akan mengikut ibunya bersama suami baru sekiranya Ajak berkahwin lain. Nada: Nada ikut ibu. Ajak: Ikut ibu apa? tak kisah juga? Nada: Tak, Nada bukan tak kisah. Nada ikut ibu pergi dengan suami ibu yang lain. Kalau baba boleh buat, ibu pun boleh buat.
Komen warganet:
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat gelagat Ajak dan Nada. Warganet turut memberi pujian buat Nada kerana bijak mengatur ayat ketika menjawab pertanyaan bapanya itu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.