Pelakon Bellah Astillah nekad memfailkan perpisahan terhadap suaminya, aktor Aliff Aziz. “Kes hari ini adalah tarikh sebutan pertama perpisahan. Pihak kami failkan untuk berpisah pada Isnin secara ekspres. Sebelum ini Aliff bersetuju untuk pisah dan datang, namun dia maklumkan ada penggambaran. Dia minta tarikh seterusnya. Ikut prosedur pada tarikh akan datang, Aliff perlu hadir dan menyatakan pendirian dia sama ada mahu berpisah atau tidak. Jika tidak mahkamah akan tentukan langkah seterusnya iaitu Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan Hakam.”
Azmi berkata demikian ketika ditemui pada prosiding pertama kes perceraian Bella dan Aliff yang berlangsung di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan, Kuala Lumpur pada Rabu. Sementara itu, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata dia nekad untuk berpisah dan menganggap perpisahan adalah jalan terbaik untuk mereka. “Sebenarnya, saya rasa ini adalah jalan terbaik untuk kami. Saya rasa memilih ini (berpisah) adalah yang terbaik untuk diri Aliff dan saya.
Patutnya dia hadir pada hari ini (Rabu). Setahu saya dia setuju pada awalnya untuk berpisah. Saya cuma nak permudahkan proses, lebih-lebih lagi ini adalah bulan Ramadan. Saya mahu semuanya berjalan dengan lancar.” Dalam pada itu, disoal adakah akan memberi peluang kepada Aliff, ibu kepada dua cahaya mata itu berkata dia sudah beberapa kali memberikan peluang kepada suaminya. “Peluang demi peluang sudah saya berikan kepada Aliff. Apa pun dia tetap ayah kepada anak-anak saya. Saya juga sudah cakap dengan dia nak berpisah cara baik. Semoga apa yang terjadi ada hikmahnya. Cinta tak semestinya memiliki.”
Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.