Masih dengan motor Ex5, Datuk Red luah rasa syukur bila dapat tawaran jadi model untuk pakaian jakel

Selepas kecoh pendedahan Datuk Red yang sudah muflis sejak tahun 2019 dan kini mencari pekerjaan demi menampung keperluan anak-anak dan membayar hutang, suami kepada penyanyi Adira itu mendedahkan yang dia kini telah mendapat ‘job’ baru. Menerusi satu posting di TikTok, Datuk Red dilihat memperagakan pakaian baju Melayu dari Jakel. Video yang mendapat 1.8 jumlah tontonan dengan lebih 150,000 likes di TikTok itu memaparkan Datuk Red tiba di premis Jakel dengan menaiki motosikal jenis EX5 dan memperagakan beberapa pasang baju melayu pelbagai warna. Klik sini untuk lihat video.

Dia kemudian dilihat menaiki semula motosikalnya dan berlalu dengan beberapa beg pakaian di tangan. Menerusi ruang kapsyen, Datuk Red telah mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel atas peluang yang diberikan, di samping memuji perniagaan tersebut yang berjaya. “Bismillah, terima kasih Datuk Feruz kerana beri peluang dan beri job yang tidak disangka-sangka. Semoga Jakel menjadi jenama Melayu muslim yang kaya berjaya. Tadi sampai-sampai ada lebih dari 600 orang staff dan semuanya orang kita. Bangga ada orang Melayu macam ni, sangat hebat,” tulisnya.

Di samping itu juga, dia telah mengucapkan terima kasih kepada beberapa individu lain yang membantunya dalam proses mendapatkan ‘job’ tersebut. Video berkenaan mendapat pujian warganet yang bersyukur akhirnya Datuk Red mendapat pekerjaan dan memuji Jakel kerana prihatin dengan masalah dihadapi bekas usahawan itu. Semoga Datuk dapat banyak lagi job supaya boleh tanggung keluarga dan banyak hutang-hutang yang tertunggak. 

Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version