SUAMI kepada Adira Suhaimi iaitu Datuk Adnan Abu tidak peduli dengan kritikan mahupun dilemparkan kepadanya susulan enggan melepaskan penyanyi berkenaan. Adnan atau dikenali sebagai Datuk Red dia mahu mempertahankan hubungannya dengan Adira demi empat anak mereka. “Saya kahwin lapan tahun lalu bukan untuk berpisah, anak pun dah empat, orang lain boleh cakap apa nak cakap, sebab mereka tak lalui. Saya fikir pengorbanan saya ini bukan untuk diri sendiri tapi anak-anak. Bila mereka tonton video ini, saya berkorban semua ini untuk mereka,” katanya.
Adnan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak, Rawang pada pagi Selasa ditemani peguamnya, Muhammad Akmal Azman bagi mendengar keputusan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). Adira turut hadir ke mahkamah pada proses berkenaan bersama peguam Nor Saidah Zakaria. Dalam pada itu, Adnan memberitahu sudah melakukan pelbagai cara memujuk Adira namun tidak menunjukkan hasil positif. Adnan turut menganggap keretakan rumah tangganya bukan satu dugaan tetapi balasan atas apa pernah dilakukan sebelum ini.
“Pujuk memujuk itu biasa, memang ada tapi perempuan kalau marah… Saya sudah cuba. Apabila sampai tahap begini, sudah habis berusaha, mungkin ini bukan dugaan tapi balasan terhadap apa yang saya lakukan dahulu,” ujarnya. Adnan memberitahu dia reda sekiranya keputusan JKP tidak berlangsung dengan baik malah fokus utamanya adalah keluarganya. “Sebab itu sekarang saya tak ada sosial media dan hanya fokus pada keluarga. Dah ditakdirkan begitu, saya terima saja. Tapi selagi saya bernafas, saya akan berjuang untuk keluarga,” ujarnya.
Untuk rekod, Adira pernah memfailkan permohonan pisah terhadap Adnan di mahkamah sama pada 1 April 2019. Bagaimanapun penyanyi berasal dari Sabah itu menarik semula permohonan dibuat bagi memberi peluang kepada suami selain cuba berbaik demi anak-anak. Permohonan tersebut dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua. Hasil perkahwinan Adnan bersama isteri pertama iaitu Datin Seri Sharifah Norshafil Hassim mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Adnan juga pernah berkahwin ketika berusia 20 tahun namun berpisah selepas lima tahun bersama dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.