SELEPAS mengesahkan sudah bernikah pada November tahun lalu, buat pertama kali isteri Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkongsi gambar pelawak itu di media sosial miliknya. Perkongsian itu dibuat bersempena dengan sambutan ulang tahun kelahiran Shuk yang ke-38 pada 20 Mac. Fara dalam ucapannya kepada suami tersayang secara bergurau berjanji akan memberi lebih banyak masalah kepada Shuk. “Selamat ulang tahun suamiku. Saya berjanji akan beri lebih banyak masalah,” tulisnya.
Fara berkongsi perkara tersebut di laman Instgram miliknya pada Khamis berserta video Shuk sedang berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah. Shuk dan Fara sebelum ini tidak pernah mendedahkan tentang perkahwinan mereka secara terbuka. Bagaimanapun ketika dihubungi, Fara akhirnya buka mulut tentang perkara tersebut namun enggan menjelaskan secara terperinci majlis pernikahan mereka. Sementara itu, Shuk pula dalam satu temu bual podcast memberitahu dia bukan cuba menyorok perkahwinannya dengan Fara tetapi sedang tunggu masa sesuai menghebahkannya.
Kata Shuk, dia serik berkongsi tentang kisah peribadi di media sosial kerana bimbang kenyataan dikeluarkan akan disalah tafsir. “Sebelum ini saya selalu kongsi di media sosial dan terlampau terbuka sampaikan perkara ini ‘backfire’ saya semula,” ujarnya. Untuk rekod ini merupakan perkahwinan kedua buat Shuk selepas sah berpisah dengan Rossa Sera pada 22 Mac tahun lalu. Hasil perkahwinan terdahulu, Shuk dan Rossa dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.
Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.