Antara perkara yang paling ditunggu-tunggu pada bulan Ramadan ialah bazar Ramadan di mana kita boleh membeli makanan khusus untuk berbuka puasa. Antara makanan yang dicari-cari di bazar Ramadan termasuklah kuih tepung pelita, murtabak dan juga ayam percik. Mengikut trend semasa, kadangkala makanan viral seperti cromboloni, jelly balls juga turut dijual di bazar Ramadan. Sejak beberapa tahun lalu, nama seorang chef ini sering disebut-sebut dek kerana menu timur tengahnya yang sangat viral sehinggakan orang beratur seawal jam 4 petang bagi membelinya.
Chef yang dimaksudkan ialah Chef Ammar yang menjual nasi arab dengan lauk istimewa iaitu lamb shank. Setiap tahun, dia akan membuka gerai di tapak bazar Ramadan Stadium Shah Alam namun tahun ini, dapat dilihat gerainya tidak semeriah tahun sebelum-sebelum ini. Seorang pengguna aplikasi X @skeperism berkongsi gerai Chef Ammar kosong dan pelanggan tidak seramai sebelum ini. Rata-rata di ruangan replies berpendapat ianya mungkin kerana kini sudah ramai yang menjual menu yang hampir sama dengan harga yang lebih murah. Malah, ada juga yang beranggapan makanan viral seperti ini biasanya tidak akan tahan lama dan hanya mengikut trend pada ketika itu.
Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.